5 LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN BIDANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAPAT DIJADIKAN RUTIN DALAM KEHIDUPAN.
Seiring dengan arus pembangunan dan globalisasi yang kian
pesat, penggunaan teknologi juga tidak ketinggalan dalam meninggalkan pengaruh
besar dan sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Walau
bagaimanapun, dalam kepesatan arus pembangunan dan teknologi, masih kurang
aplikasi teknologi dan inovasi yang diterapkan dalam bidang pendidikan. Oleh
itu, langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan bidang teknologi dan inovasi
dalam pendidikan lebih banyak dipraktikkan sehingga dapat dijadikan rutin dalam
aktiviti harian.
1)
Langkah pertama ialah; menurunkan
tingkat harga barangan elektronik di pasaran. Apabila barangan
elektronik mudah didapati dan murah, masyarakat terutamanya para guru dan pelajar
akan lebih teruja untuk mencuba dan tidak teragak-agak untuk mengaplikasikan
penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian kerana kos sekiranya berlaku
kesilapan adalah rendah. Ini dapat menggalakkan penggunaan teknologi dan
memudahkan pencetusan idea baru atau inovasi kerana konsep ‘try and error’
boleh diaplikasikan.
2)
Langkah kedua adalah menggalakkan
konsep ‘hands on’ menggunakan teknologi dalam setiap aktiviti P&P.
P&P akan lebih seronok sekiranya guru dan pelajar mengamalkan konsep ‘hands
on’. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari sekiranya
mereka terlibat secara mental dan fizikal dalam suasana pembelajaran tersebut.
Untuk lebih memudahkan, guru boleh menggunakan bantuan teknologi seperti ‘slide
show’, ‘power point’, ‘media player’ dan
banyak lagi dalam input pengajarannya supaya pelajar dapat melihat contoh
dengan lebih jelas sekali gus mengamalkan penggunaan teknologi yang dipelajari
dalam rutin harian mereka kelak.
3)
Langkah ketiga adalah melakukan
‘talk show’ bergerak dalam suasana yang santai dan bersifat 2 hala.
Perbincangan yang boleh diketengahkan adalah tentang bagaimana menggunakan
teknologi dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ‘talk show’ boleh juga
memperkenalkan teknologi-teknologi untuk membantu audiens dalam menghadapi
situasi-situasi hidup yang berbeza. ‘Talk show’ juga boleh dijadikan aktiviti
dalam medium pembelajaran di mana guru dan pelajar adalah pengacara dan
pengendali program. Dengan cara ini, pendedahan tentang teknologi dapat
dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif bagi kedua-dua pihak.
4)
Langkah seterusnya ialah
mewujudkan ‘Hari Teknologi’ di sekolah-sekolah, institut-institut awam
dan swasta. Pada ‘Hari Teknologi’ tersebut, pelajar dan guru/pensyarah
diwajibkan membawa atau bercakap tentang sekurang-kurangnya sejenis alat
teknologi yang membantu mereka dalam kehidupan seharian. Dengan cara ini,
kesedaran tentang penggunaan teknologi dapat dipupuk seterusnya memastikan
penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan menjadi rutin dalam kehidupan
harian.
5)
Langkah terakhir
ialah mengadakan lebih banyak pertandingan-pertandingan rekaan dan
inovasi yang terbuka kepada semua peringkat umur (supaya boleh disertai oleh
pelajar dan pendidik) dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti
‘Tablet’, ‘I-pad’, ‘Smartphone’ dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan
teknologi. Dengan adanya pertandingan seumpama ini, masyarakat akan lebih celik
IT. Kesedaran tentang penggunaan teknologi serta amalan melakukan inovasi dalam
kehidupan seharian juga akan lebih menyerlah seterusnya menjadi rutin bagi
mereka.
Nama : Nurul Emillia Binti Razali
No. Matrik : A 134716
Tahun pengajian : 2
Fakulti : FSSK
Email : leeya_deveraux@yahoo.com
Facebook : Mia Razali
langkah-langkah yang amat bernas.
ReplyDeleteSaya sangat bersetuju dengan langkah pertama dan berharap harga barangan elektronik dapat diturunkan untuk kemudahan pengguna terutama yang kurang berupaya:)
ReplyDeleteLangkah-langkah yang telah digariskan diharapkan dapat diaplikasikan dalam bidang pendidikan dengan panduan yang baik.
ReplyDeleteye,langkah-langkah yang sangat bagus.jika langkah-langkah ini diambil,saya yakin,ia dapat dijadikan sebagai rutin harian dalam kehidupan seharian.
ReplyDeletesemoga perubahan dapat dilihat pada masa akan datang.. :)
ReplyDeleteLangkah- langkah yang diperkata diharapkan dapat diasmilasikan dalam bidang pendidikan.
ReplyDelete