Monday, 21 May 2012

~Biodata~




Nama : Nurul Emillia Binti Razali

No. Matrik : A134716

Program : Pengajian Sastera Dalam Bahasa Inggeris

Fakulti : Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Tahun : 2

Pensyarah : Mejar Mohd. Jasmy B. Abdul Rahman 

Tutorial : Selasa (8pm-10pm)


Thursday, 17 May 2012

GE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEM 2 2011-2012 : RUTIN


5 LANGKAH UNTUK MEMASTIKAN BIDANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAPAT DIJADIKAN RUTIN DALAM KEHIDUPAN.

Seiring dengan arus pembangunan dan globalisasi yang kian pesat, penggunaan teknologi juga tidak ketinggalan dalam meninggalkan pengaruh besar dan sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, dalam kepesatan arus pembangunan dan teknologi, masih kurang aplikasi teknologi dan inovasi yang diterapkan dalam bidang pendidikan. Oleh itu, langkah-langkah perlu diambil bagi memastikan bidang teknologi dan inovasi dalam pendidikan lebih banyak dipraktikkan sehingga dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian.

1)      Langkah pertama ialah; menurunkan tingkat harga barangan elektronik di pasaran. Apabila barangan elektronik mudah didapati dan murah, masyarakat terutamanya para guru dan pelajar akan lebih teruja untuk mencuba dan tidak teragak-agak untuk mengaplikasikan penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian kerana kos sekiranya berlaku kesilapan adalah rendah. Ini dapat menggalakkan penggunaan teknologi dan memudahkan pencetusan idea baru atau inovasi kerana konsep ‘try and error’ boleh diaplikasikan.

2)      Langkah kedua adalah menggalakkan konsep ‘hands on’ menggunakan teknologi dalam setiap aktiviti P&P. P&P akan lebih seronok sekiranya guru dan pelajar mengamalkan konsep ‘hands on’. Ini kerana pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari sekiranya mereka terlibat secara mental dan fizikal dalam suasana pembelajaran tersebut. Untuk lebih memudahkan, guru boleh menggunakan bantuan teknologi seperti ‘slide show’,  ‘power point’, ‘media player’ dan banyak lagi dalam input pengajarannya supaya pelajar dapat melihat contoh dengan lebih jelas sekali gus mengamalkan penggunaan teknologi yang dipelajari dalam rutin harian mereka kelak.

3)      Langkah ketiga adalah melakukan ‘talk show’ bergerak dalam suasana yang santai dan bersifat 2 hala. Perbincangan yang boleh diketengahkan adalah tentang bagaimana menggunakan teknologi dalam kehidupan seharian. Di samping itu, ‘talk show’ boleh juga memperkenalkan teknologi-teknologi untuk membantu audiens dalam menghadapi situasi-situasi hidup yang berbeza. ‘Talk show’ juga boleh dijadikan aktiviti dalam medium pembelajaran di mana guru dan pelajar adalah pengacara dan pengendali program. Dengan cara ini, pendedahan tentang teknologi dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan efektif bagi kedua-dua pihak.

4)      Langkah seterusnya ialah mewujudkan ‘Hari Teknologi’ di sekolah-sekolah, institut-institut awam dan swasta. Pada ‘Hari Teknologi’ tersebut, pelajar dan guru/pensyarah diwajibkan membawa atau bercakap tentang sekurang-kurangnya sejenis alat teknologi yang membantu mereka dalam kehidupan seharian. Dengan cara ini, kesedaran tentang penggunaan teknologi dapat dipupuk seterusnya memastikan penggunaan teknologi dan inovasi dalam pendidikan menjadi rutin dalam kehidupan harian.

5)      Langkah terakhir ialah mengadakan lebih banyak pertandingan-pertandingan rekaan dan inovasi yang terbuka kepada semua peringkat umur (supaya boleh disertai oleh pelajar dan pendidik) dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti ‘Tablet’, ‘I-pad’, ‘Smartphone’ dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan teknologi. Dengan adanya pertandingan seumpama ini, masyarakat akan lebih celik IT. Kesedaran tentang penggunaan teknologi serta amalan melakukan inovasi dalam kehidupan seharian juga akan lebih menyerlah seterusnya menjadi rutin bagi mereka.

Nama : Nurul Emillia Binti Razali
No. Matrik : A 134716
Tahun pengajian : 2
Fakulti : FSSK
Facebook : Mia Razali

Egg Carton Rose





Diorama Marine Life





Wrist Worn Techcessories